Monyet dan Kura2  

Dicatat oleh paichow87


Satu pertandingan menjawab teka-teki telah
diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak
beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak
dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura...

Mengikut mereka,
zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab
teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan
kepada kura-kura...

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka
macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu...


Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet :
Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa
kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku
rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??

Monyet
: Betul!!

Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh
jawab.

Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak
sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan
pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?


Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.


Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..


Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak


Monyet : Buah tangan

Kura-kura : Pun salah


Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?


Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??


Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah
epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan
monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura
tadi sambil berkata "Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak
pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan blog nie sehari
semalam pon tak boleh abis... dah nyet gi buat kerja yer nyet !!"

This entry was posted on 5:37 PTG and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Related Posts with Thumbnails