Jam Dinding.  

Dicatat oleh paichow87



Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah
dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi.
Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di
depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut
seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana
menggunakan jam untuk melihat waktu.


Read more...

Aliff Aziz - CInta Arjuna  

Dicatat oleh paichow87



INTRO: G Em C Dsus4

Verse 1:
G Em
Ku peluk indah manisnya cinta
Cmaj7 Dsus4
Semuanya terasa indah
D G Em
Bagai di alam cerita cinta
C
Hadir bahagia selama-lama

Verse 2:
D Bm Em
Katamu kekasih yang sedang kita alami
C D
Takkan kekal 'tuk selamanya
Bm Em
Mengapa kekasih Tiada kau percaya
C Dsus4
Kebenaran cerita kita

Verse 3:
G Bm/F# Em G/D
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan
C D G
Selamilah pada kejujuranku
C D G Em
Jadikan ku arjuna, arjuna di hatimu
C Dsus4 C
Percayalah oh puteri

G/B Am G C G/B Am Dsus4

Verse 4:
Bm Em
Katamu kekasih yang sedang kita alami
C D
Takkan kekal 'tuk selamanya
Bm Em
Mengapa kekasih Tiada kau percaya
C Dsus4
Kebenaran cerita kita

Verse 5:
G Bm/F# Em G/D
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan
C D G
Selamilah pada kejujuranku
C D G Em
Jadikan ku arjuna, arjuna di hatimu
C Dsus4 C E7
Percayalah oh puteri

Verse 6:
A C#m/G# F#m A/E
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan
D E A
Selamilah pada kejujuranku
D E A F#m
Jadikan ku arjuna, arjuna di hatimu
D Esus4 A F#7
Percayalah oh puteri

Verse 7:
B D#m/A# G#m B/F#
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan
E F# B
Selamilah pada kejujuranku
E F# B G#m
Jadikan ku arjuna, arjuna di hatimu
E F#sus4 B G#m
Percayalah oh puteri

E F#/sus4 F# B
Ooooh... Percayalah bidadari....


Read more...

Peribadi Anda Mengikut Jenis Darah Anda.  

Dicatat oleh paichow87



Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


Read more...

KAMEN RIDER  

Dicatat oleh paichow87

Kamen Rider atau Masked Rider secara keseluruhannya adalah rancangan siri Jepun wira hebat Tokusatsu bermula dengan tahun 1971 siri TV Kamen Rider (仮面ライダー, Kamen Rider?) karya asal Shotaro Ishinomori. Disebabkan oleh kemahsyuran rancangan tersebut,siri asal telah menghasilkan banyak sri-siri yang seterusnya dan sejak itu manjadi sebahagian legasi siri tersebut.

Sejarah

Zaman Shōwa




Siri Masked Rider asalnya dimulakan dengan bernama "Masked Hero Project". Siri terbitan Toru Hirayama (平山 亨, Hirayama Tōru?) ini tertunggak hampir lima tahun kerana Hirayama tengah mengusahakan rancangan lain dan mencari pereka watak yang sesuai. Pada tahun 1969, Shotaro Ishinomori yang merupakan seorang tokoh tokusatsu terkenal pada masa itu, dihubungi oleh Hirayama agar manga Skull Man beliau diadaptasi untuk Masked Hero Project. Mula-mulanya projek itu ditolak gara-gara rejected kritikan bahawa kandungannya terlalu ganas bagi slot waktu yang diberi. Setelah kedua-dua mereka mereka semula cerita dan reka bentuk watak, maka terhasilnya rekaan Kamen Rider muktamad yang berbentuk belalang yang dipilih oleh anak lelaki Ishinomori. Maka lukisan itu menjadi Kamen Rider 1, setelah melalui sedikit pengubahsuaian.

Kamen Rider ditayangkan buat julung kali pada April 1971, namun ratingsnya tidak sebagus yang diharapkan dan nyaris ditarik balik daripada penyiaran. Ketika merakam episod 10, Hiroshi Fujioka yang memegang watak Kamen Rider 1, terjatuh dari motosikalnya ketika merakam satu lagak ngeri, terhantuk pada tiang telefon lalu patah kedua-dua kakinya. Oleh itu, Toei melalui banyak cara untuk mengurangkan kehadiran Hongo beransur-ansur sehingga episod 13, apabila Hayato Ichimonji diperkenalkan. Ichimoji menjadi Kamen Rider 2 dan bintang utama rancangan sehingga episod 52. Sekembali beliau pada episod 53, watak Fujioka kembali menjadi watak utama. Sejak itu, kedua-dua Kamen Rider 1 dan 2 muncul dalam setiap sekuel pada separuh awal siri-siri zaman Shōwa. Siri-siri dari April 1971 hingga Januari 1976 juga menyaksikan watak mentor sampingan bernama Tobei Tachibana (立花 藤兵衛, Tachibana Tōbei?).

Setelah hilang selama empat tahun, siri ini kembali ke siaran televisyen pada Oktober 1979 selama dua tahun. dalam rancangan baru ini, peranan Tachibana diganti oleh seorang watak yang serupa peranannya bernama Genjiro Tani (谷 源次郎, Tani Genjirō?). Pada tahun 1984, rancangan khas Kamen Rider ZX, Birth of the 10th! Kamen Riders All Together!!, menjadi terbitan Hirayama terakhir bagi francais ini.

Kamen Rider Black merupakan siri pertama yang tidak menunjukkan atau membayangkan apa-apa hubungan dengan siri-siri sebelumnya, dan juga siri pertama yang mempunyai sekuel terus, iaitu Kamen Rider Black RX, iaitu asas kepada Masked Rider versi Amerika terbitan Saban. Episod akhir RX menyaksikan kesemua sepuluh Rider sebelumnya kembali untuk membantu Black RX menewaskan musuh, inilah kari terakhir mana-mana Rider dari rancangan sebelumnya muncul dalam siri lain. Kamen Rider Black RX adalah siri terakhir yang diterbitkan pada zaman Shōwa.


Zaman Heisei




Meskipun lenyap dari TV sepanjang 1990-an, francais ini dihidupkan oleh teater pentas, CD muzikal, dan filem-filem Shin, ZO, dan J. Toei mengumumkan projek terbarunya, Kamen Rider Kuuga, pada Mei 1999. Kuuga merupakan sebahagian kemunculan semula Kamen Rider yang diusahakan Ishinomori pada tahun 1997, sebagai sebahagian rancangan untuk menuju ke ulang tahun ke-30. Bagaimanapun, Ishinomori meninggal dunia sebelum sempat menyaksikan projek-projek ini menjadi kenyataan. Pada musim panas tahun 1999, Kuuga became publicized through magazine ads and commercials. Pada 30 Januari, Kamen Rider Kuuga mencapai ratings tinggi, disusuli Kamen Rider Agito.

Siri ketiga dalam zaman Heisei ialah Kamen Rider Ryuki. Dengan menampilkan konsep 13 orang Rider, Ryuki menyimpang sedikit daripada siri-siri sebelumnya, dan ratingsnya tidak setinggi yang diharapkan.Templat:Or Siri ini dan seluruh francais ini dibantu oleh jualan mainan Kamen Rider Ryuki. Siri seterusnya, Kamen Rider 555 (disebut Faiz), menikmati jualan mainan yangh tinggi meskipun ratingsnya kurang sedikit berbanding Ryuki.

Siri kelima dan keenam dibelenggui masalah di sebalik tabir. Kamen Rider Blade menjadi siri Kamen Rider yang kedua terendah ratingsnya dan juga mengalami jualan mainan yang mengecewakan. Dalam siri ini, para Rider bertukar menggunakan Kad Undead untuk menangkap lebih lagi kuasa Undead dan meningkatkan kuasa mereka kepada pelbagai bentuk. Sepanjang pembikinan siri ini, penulis utama dan pengarah dipecat untuk membolehkan orang-orang lama francais ini untuk kembali sebagai penulis utama. Templat:Or Siri keenam Kamen Rider Hibiki menjafi salah sebuah siri yang paling kontroversi dalam sejarah francais. Hibiki memperkenalkan tema-tema baru dan wajah berlainan, dan berjaya menamatkan kemarau ratings sejak Agito, namun jualan mainannya agak sedikit. Seperti yang dialami Blade, pasukan pengarah dan penulis baru dibawa masuk pada pertengahan siri.

Pada tahun 2005, Kamen Rider The First diterbit selaku pembikinan semula kedua-dua manga dan siri TV asal. Pelbagai watak dari siri asal diubah suai cerita mereka agar sesuai dengan panjang filem. Masaya Kikawada melakonkan watak Takeshi Hongo/Kamen Rider 1 manakala Hassei Takano (dahulunya Miyuki Tezuka/Kamen Rider Raia dalam Ryuki) menjadi Hayato Ichimonji/Kamen Rider 2.

Pada tahun 2006, Kamen Rider Kabuto, siri ketujuh, menyambut ulang tahun ke-35 francais dan merupakan rancangan pertama dalam zaman Heisei yang menggunakan serangan "Rider Kick". Siri ini mengembalikan kebanyakan kelaziman estetik legasi Kamen Rider dengan reka bentuk berteraskan serangga. Kamen Rider Kabuto merupakan antara siri Masked Rider zaman Heisei yang paling berjaya.


KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK MENDOWNLOAD SIRI DAN MOVIE KAMEN RIDER DI WWW.SYOK.ORG

KREDIT KEPADA DONATOR DI WWW.SYOK.ORG


Read more...

Tips Utk Lelaki Bile Awek Datang Bulan  

Dicatat oleh paichow87

Apa yg laki patut buat bila awek datang bulan!

Tips kali nih boleh arr korang anggap sebagai cara untuk mengelakkan diri dari dengar awek korang yg sedang datang bulan memaki hamun korang atau masam muka cam jerok kelubi muncong panjang sedepa hehehe...

1. Jangan sesekali datang lewat walau seminit pon kalu dah janji nak dating ngan awek korang!

2. Pastikan bateri henpon cukup untuk menampung time kegiatan luar korang. Jangan sampai awek korang call tak dapat pulak nanti...baguih kang!

3. Jangan bercerita tentang kehebatan pompuan lain depan dia time mood pms menguasai diri awek korang...

4. Jangan buat lawak bertuah dengan membatalkan temujanji korang bersama awek korang tu...

5. Kalu dia call jangan nak berani² machokan diri dengan berkata " u call i japs lagik la sayang, i bizi arh skarang nih " hehehe...

6. Jangan cari pasal dgn dia tanya benda² yg buat kepala dia semak nak jawab soalan² bertuah korang...

7. Jangan pinjam duit dia time dia datang bulan...

8. Elakkan diri dari buat perkara yg awek korang tak suka...


Kalu korang buat gak apa yg disenaraikan ni sumer...sila senyum dan redha kalo awek korang tetiba tengking² korang cam kena histeria, tak pun tetiba dorang nangis kekuat akibat terlalu hangin dgn korang pastu tak hingin nak tengok muka korang dah...

fakta : 83.69 % perpisahan terjadi akibat masalah kecik yg remeh temeh adelah ketika pompuan datang bulan... sekian!


Read more...

Couple - Pergi  

Dicatat oleh paichow87


C
Pergi
D Bm
Jangan kembali
Em Am
Sampai sini saja
D G
Kita berdua

C D Bm
Aku tak mampu lagi
Em Am
Jadi sang penyeksa
D G
Yang juga diseksa

C Cm
Sampai nanti bertemu lagi
G
Tak usah diingat kembali
Cm A
Menambahkan derita hati
D
Pergi...


Read more...

Broery Marantika - Widuri  

Dicatat oleh paichow87




Verse 1

-------

Bm C#m
Di suatu senja di musim yang lalu
Bm E A
Ketika itu hujan rintik
Bm C#m
Terpukau aku menatap wajahmu
D Bm E
Di remang cahaya sinar pelangi
D
Lalu engkau tersenyum
C#m
Ku menyesali diri
D Bm E
Tak tahu apakah erti senyummu




Verse 2
-------

Bm C#m
Dengan mengusap titik airmata
Bm E A
Engkau bisikkan deritamu
Bm C#m
Tersentuh hati dalam keharuan
D Bm E
Setelah tahu apa yang terjadi
D
Sekian lamanya engkau
C#m
Hidup seorang diri
D Bm E
Ku ingin membalut luka hatimu



Chorus
------

A
Widuri (widuri)
Bm
Elok bagai rembulan... oh sayang
E
Widuri (widuri)
A
Indah bagai lukisan... oh sayang
A
Widuri (widuri)
Bm
Bukalah pintu hati untuk ku
E
Widuri (widuri)
A
Ku akan menyayangi



Solo Saxophone
--------------

Bm / C#m / Bm -> E / A

Bm / C#m / D -> Bm / E



Bridge
------

D
Lalu engkau tersenyum
C#m
Ku menyesali diri
D Bm E
Tak tahu apakah erti senyummu



-> Ulang Verse 2 (female vocal)


-> Ulang Chorus (till fade out)


Read more...

Happy Tree Friends  

Dicatat oleh paichow87




Korang pernah tgk citer nie x?? hehe.. nie antara video yg teman ader.. download la ek..

KALAU NAK DOWNLOAD, KLIK SINI LA!!


Read more...

3 budak problem..  

Dicatat oleh paichow87

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...


Read more...

Hantu.. hehehe  

Dicatat oleh paichow87



Pocong


Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.




Langsuir


Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu ahaks!




Pontianak


Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.



Hantu Raya


Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.



Hantu Galah


Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.




Jerangkung


Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah
untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.




Toyol


Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2tu



LEPAS BACA NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN
HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI
SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH
MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!!!"


Read more...

Blog dan laman web yang teman ikuti  

Dicatat oleh paichow87

1. SIRI BERCAKAP DENGAN JIN



2. MASTERNIEFENG



3. ! ♫♪Sharing Is Caring♪♫ !





4. PADLOQUE



5. WIRA TUNGGAL LEGACY


Read more...

Menangi tiket penerbangan MAS!!!  

Dicatat oleh paichow87

Anda hendak pergi ke Turki, Seoul atau Tokyo secara percuma?
Sertailah pertandingan yang diadakan oleh MAS ini.
Hanya buat video untuk pergi ke sana.



Grand Prize: 2X return tickets to Istanbul
1st runner up: 2X return tickets to Tokyo/Seoul
2nd runner up: 2X return tickets to any ASEAN destination

Tarikh tutup pertandingan pada 11.59 malam pada 5 Febuari 2010..
Jangan ketinggalan!! Anda mungkin adalah pemenangnya!!!

KLIK SINI UNTUK TERMA DAN SYARAT!!!

PS : Post ini hanya untuk Nuffnang! Peluang memenangi tiket penerbangan!


Read more...

Tanda2 Kematian  

Dicatat oleh paichow87



( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM


Read more...

Bos yang power  

Dicatat oleh paichow87


BOS YG POWER

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap. Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".


Read more...

Wallpaper Naruto & Bleach!!!  

Dicatat oleh paichow87

Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!
Wallpaper Naruto & Bleach!!!



Antara wallpaper yang teman rembat dari adik teman..


Read more...

Penjagaan baby yang betul..  

Dicatat oleh paichow87


Panduan penjagaan baby yg betul. Bagi pasangan yg masih xtau cara menjaga anak dgn betul 2, tgk la panduan nie yer...


Read more...

Cikgu dan Anak Murid  

Dicatat oleh paichow87






Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu:Mengapa selamat pagi saja?

Petang dan malam, awak doakan saya tak

selamatkah?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam,

cikgu!

Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat

oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera!

Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini

meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Cikgu nak buat kata berlawan hari ni. kamu kena jawab cepat.

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!

Murid-murid: UMNO!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru kamu tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!

Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh

sangat?

Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup belajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!

Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Baik!


Read more...

Monyet dan Kura2  

Dicatat oleh paichow87


Satu pertandingan menjawab teka-teki telah
diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak
beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak
dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura...

Mengikut mereka,
zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab
teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan
kepada kura-kura...

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka
macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu...


Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet :
Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa
kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku
rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??

Monyet
: Betul!!

Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh
jawab.

Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak
sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan
pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?


Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.


Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..


Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak


Monyet : Buah tangan

Kura-kura : Pun salah


Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?


Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??


Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah
epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan
monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura
tadi sambil berkata "Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak
pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan blog nie sehari
semalam pon tak boleh abis... dah nyet gi buat kerja yer nyet !!"


Read more...

Kisah si suami.  

Dicatat oleh paichow87



SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu . Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji
telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya.

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? "

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab "sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan " .

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya
lagi. " Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "

Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab, "Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual."


Read more...

Letter to Bill Gates  

Dicatat oleh paichow87


Dear Mr. Bill Gates,

This letter is from Banta Singh from Punjab. We have bought a computer for our home and we found problems, which I want to bring to your notice.

1. After connecting to the internet, we planned to open an email account & whenever we fill the form in Hotmail in the password column. Only ****** appears, but in the rest of the fields whatever we typed appears, but we face this problem only in password field. We checked with hardware vendor Santosh Singh and he said that there is no problem with the keyboard. Because of this we open the email account with password ******. I request you to check this as we ourselves do not know what the password is.

2. We’re unable to enter anything after we click the ’shut down’ button.

3. There is a button ’start’ but there is no ’stop’. We request you to check this.

4. We find there is a ‘run’ in the menu. One of my friends has clicked ‘run’ and has run up to Amritsar! So we request you to change that to ’sit’. So that we can click that button by sitting.

5. One doubt is that any’re-scooter’ available in the system? As I find only’re-cycle’, but I own a scooter at home.

6. There is a ‘find’ button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot on tracing the key with this ‘find’ but unable to trace. Is it a ‘bug’?

7. Every night I’m not sleeping as I have to protect my ‘mouse’ from CAT, so I suggest that you provide 1 dog to kill that cat.

8. Please confirm when you are going to give me money for winning Hearts (playing cards in game) and when are you coming to my home to collect your money.

9. My child learnt Microsoft Word now he wants to learn Microsoft Sentence, so when can you provide that?


Read more...

Sape bodo??  

Dicatat oleh paichow87


Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata,"Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa bodoh. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia". Dia memanggil driver dia dan berkata,"Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo".
Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta.

Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!". Leman berlari ke bosnya. "Apahal tuan?". Bosnya berkata, "Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak". Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik ke rumah bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu lagi,
"Tengok! Si Leman ni mmg bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkanlaa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha...".

Petang itu, bertemulaa dua org driver tadi.

Si Ah Beng berkata,"Lu tau ka, gua punya bos aa... maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?".

Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul".


Read more...

Jangan Menyampuk..  

Dicatat oleh paichow87

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari
Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku
sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi
aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku
tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang

disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah
bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan
orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang,
akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau
nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak
balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi,
"Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni,
habis
beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu
berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan
kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan
menyampuk time orang bercakap.


Read more...

bulan madu  

Dicatat oleh paichow87


Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.

“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.

“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.

“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”


Read more...
Related Posts with Thumbnails