Jam Dinding.  

Dicatat oleh paichow87



Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah
dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi.
Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di
depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut
seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana
menggunakan jam untuk melihat waktu.



Suatu hari anak ketua kampung
tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu
punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan
jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan
belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak
sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana
ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun
dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah
tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

This entry was posted on 3:09 PTG and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Related Posts with Thumbnails